We Love Islam We Love The Truth

Wednesday, May 5, 2010

AZAN SOLAT JUMAAT

AZAN SOLAT JUMAAT

Azan solat Jumaat yang dilakukan pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, ianya dikumandangkan ketika khatib duduk di atas mimbar untuk memulakan khutbah. Begitu juga pada zaman Abu Bakar ra dan Umar ra . Namun pada zaman Uthman ra perlaksanaan azan ditambah menjadi dua kali sepertimana riwayat berikut:

Dari Saib b Yazid ra, beliau berkata: Azan dihari jumaat dimulai setelah imam duduk di atas mimbar, Begitulah yang dilakukan di zaman Rasulullah SAW pada zaman Abu Bakar ra dan Umar ra. Namun pada zaman Uthman ra apabila ramai di kalangan manusia memeluk Islam, maka azan ditambah menjadi dua kali sebagaimana yang dilakukan di az-Zaurak”.
(Hadis Riwayat al Bukhari)

Keterangan lanjut:

“Dari Saib b Yazid ra, beliau berkata: Azan dihari jumaat dimulai setelah imam duduk di atas mimbar, Begitulah yang dilakukan di zaman Rasulullah SAW pada zaman Abu Bakar ra dan Umar ra. Maka setelah berada pada zaman Uthman ra apabila ramai di kalangan manusia memeluk Islam, maka Uthman ra memerintah agar melaksanakan azan yang kedua, lalu dilakukan azan itu. Maka kekallah keadaan itu hingga kini”.
(Hadis Riwayat asy Syafi’i)

Al Hafiz b Ibn Hajar (Kitab Fathul Bari’: 295; riwayat yang semuanya berasal dari Muaz b Jabal) mengatakan bahawa Umar al Khattab ra memerintahkan dua orang muazzin pada hari jumaat supaya berazan di luar masjid agar didengar oleh orang banyak. Selain itu iapun memerintahkan muazzin lain supaya berazan di depannya sendiri, sama dengan kebiasaan yang terjadi pada masa hidupnya Nabi SAW dan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra. Khalifah Umar mengatakan “ Kami menempuh bid’ah(hasanah) kerana semakin banyaknya kaum muslimin”.

Rujukan :
1.Imam Al Bukhari: Terjemahan Sahih Bukhari; Klang Book Centre, 1990
2.Ust. Johari Yaman: Bimbingan, Penghayatan dan Kesempurnaan Solat; Nadi Minda Resources, 2010
3.H.M.H. Al Hamid Al-Husaini: Liku-Liku Bid’ah dan Masalah Khilafiyah; Pustaka Nasional PTE LTD, 1998


Bidaah: Satu Erti Yang Disalahgunakan Serta Pembahagiannya>>>

No comments:

Post a Comment